|
|
|
Dikemaskini:
07-Sep-2002
pibgskbn@yahoo.com
|
|
8hb April 2007
Sukanan Tahunan SKBN 2007 [ALBUM]
Sukan
tahunan bagi tahun ini dibuat secara sederhana namun tidak kurang
kemeriahan dan keceriannya. Kali ini Rumah Biru telah menjadi
Johan keseluruhan dan diikuti Rumah Kuning, Hijau dan Merah. Acara
olahraga dan sukanika bagi pelajar tahun 1 telah dilangsungkan
pada 7hb April 07 hari Sabtu, bagi menjimatkan waktu. Pada hari
Ahad diadakan persembahan perbarisan, ikrar, semua acara larian,
tarik tali dan diakhiri dengan acara-acara untuk ibubapa, pegawai
sukan serta pemberian hadiah-hadiah.
|
PIBG SKBN terus maju
kearah teknologi SMS (ITC)
Demi keperihatinan
kami bagi memudahkan perhubungan diantara guru-guru dan ibubapa
mahupun pelajar, PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer.
Dengan adanya sistem ini ia akan memberikan kepastian bahawa kita
para ibubapa akan mendapat maklumat persekolahan anak-anak kita
terus ketapak tangan walau dimanapun kita berada.
Jika ingin balas, sila taipkan
kod sms: R pibgskbn "message anda.."
Hantar ke: 33733
|
3hb Mac 2007
Mesyuarat Agong ke33 SKBN
Mesyuarat
diadakan di Dewan MBSA Bukit Naga yang dirasmikan ADUN YB Kamala
Ganapathy. Mesyuarat bagi perlantikan AJK Baru Sesi 2007-2008
telah menempatkan semula AJK 2006 bagi meneruskan khidmat mereka
sepenggal lagi. Beberapa usul hangat telah diperdebatkan khasnya
usul meningkatkan dan menambah jumlah pencapaian "A"
dalam UPSR, usul keperihatinan Ibubapa dalam aktiviti PIBG, usul
Buku Teks, usul Tusyen, usul mengadakan Majlis Dialog diantara
Ibubapa dan Guru-guru dan lain-lain.
|
11hb Febuari 2007
Larian Jogathon Terbuka SKBN
2007 - [ALBUM]
Ini
adalah merupakan Larian Jogathon terbuka pertama dianjurkan SKBN
bagi mengisi tabung PIBG. Dengan pengelibatan penduduk Bukit Naga
bersama-sama pelajar dan guru-guru selain dari mendapatkan
sumbangan bagi tabung sekolah ia telah dapat menjana kemesraan
yang lebih akrab disamping menceriakan suasana di Bukit Naga.
Syabas diucapkan kepada PIBG dan Pihak Sekolah yang telah berjaya
melaksanakan Larian Jogathon 2007 ini dengan jayanya.
[ALBUM]
|
Silakan
ke Aktiviti 2006...
|
|
|
|
MAKLUMAN
Hantarkan
Berita anda ke
pibgskbn@yahoo.com
atau SMS:
R pibgskbn <berita>
Hantar ke: 33733
|
|
SKBN terus maju kearah teknologi
SMS.

PIBG telah menggunakan sistem SMS berkomputer bagi para ibubapa mendapat maklumat
persekolahan terus ketapak tangan walau dimanapun mereka berada.
|
|
PENGURUSAN: Guru Besar
- Pn.Umi Kalsom bt. Husni
- 03-51616852
Guru HEM
- Pn. Hjh. Rakimi bt. Hashim
- 03-51616852
Guru Penyelia Petang
- Pn. Hjh. Rosmah bt. Abdul Manaf
- 03-51616852
Pengerusi PIBG
- En. Mohd Faudzi Mahmud
- 016-6945612
Setiausaha PIBG
- En. Mohd Ezham Mohd Taib
- 019-3697819
|
|
|
|