19hb
Sept 2004
Berkemah di Pulau Pangkur [ALBUM]

Setelah bertungkus-lumus memeras otak untuk
menghadapi UPSR, pelajar Tahun 6 SK Bukit Naga dibawa berkelah ke Pulau
Pangkur yang telah dianjurkan bersama oleh Guru-guru dan PIBG. Mereka
akan berkemah di Pulau Pangkur selama 3 hari 2 malam bermula dari hari
Jumaat 17hb Sep 04 hingga Ahad 19hb Sep 04.
Kita ucapkan selamat berkelah dan mendoakan
agar selamat pergi dan balik.

Sebahagian dari 70
peserta yang telah datang seawal 7.00 pagi.

Ibubapa menyambut kepulangan anak
masing-masing setelah agak risau menunggu hingga hampir jam 11.00 malam.
Alhamdulillah, semuanya telah sampai dengan selamat dan kita ucapkan
syabas dan tahniah keatas kejayaan rombongan ini yang disertai oleh
lebih 70 peserta dengan 3 buah bas.
29hb Julai 2004
Majlis Solat Hajat UPSR

Majlis Solat Hajat bagi anak-anak warga Bukit
Naga yang akan mengambil peperiksaan UPSR anjuran bersama SK Bukit Naga
dan AJK Masjid Al Bakri.
 Kita
doa'kan agar pelajar semua berjaya dengan cemerlang!.
|

Selepas Solat Hajat, Majlis bacaan Yasin diadakan.
|

Tuan Imam Hj Mistah sedang memberikan ceramah kepada para
pelajar.
|
|